“Wanita Berbasikal Pakai Ketat, Kalau Kemalangan Mati Katak Gitu Je Dengan Dosa”
Belum reda lagi dengan kontroversi mendakwa pendapatan hasil menjadi seorang Youtuber kebanyakkannya haram, pendakwah sensasi Ustaz Abu Syafiq tampil menegur pemakaian golongan wanita ketika melakukan aktiviti berbasikal.
Menurut Ustaz Abu, sudah jelas haram sekiranya seseorang wanita itu memakai pakaian yang ketat. Katanya lagi, jika terlibat kemalangan dan meninggal dunia, pergi dengan dosa sekali.
Dalam pada itu, pendakwah itu turut menyindir sikap wanita tidak mengemas rumah gara-gara berbasikal yang disifatkan memalukan. Bagaimanapun, Ustaz Abu tidak menyatakan kepada siapa posting itu ditujukan.
“Pakaian wanita berbasikal yg jenis ketat sudah pastilah HARAM. Bayangkan kalau terkemalangan… ‘mati katak’ gitu jeklah dengan dosa. Berbasikal tapi rumah bersepah dan busuk tak kemas. Malu lah wei,” tulisnya.
Terdahulu, Ustaz Abu dikecam teruk susulan kenyataannya mengatakan pendapatan hasil menjadi seorang Youtuber kebanyakkannya haram. Malah, turut menyatakan bahawa pekerjaan itu tidak menjamin kesenangan hidup di dunia ini serta ramai YouTuber diluar sana hidup mereka merana.