Umie Aida Ajar Anak Umur Setahun Tak Sentuh Hiasan Kaca, Conteng Dinding


 Umum mengetahui, pelakon Datin Seri Umie Aida mempunyai seorang anak angkat perempuan. Usia anak angkatnya itu sudah mencecah setahun, Umie mengajarnya supaya tidak menyentuh perhiasan kaca dan menconteng dinding.
Menerusi perkongsian di Instagram, Umie berkata anaknya, Nur Aisya Humaira, sudah mula memahami dan tidak akan menyentuh perhiasan kaca yang berada di depan matanya.

“Dulu Umie ajar anak Umie Danial dan Dzul begini la. Barang-barang rumah jangan sentuh atau kacau sebab Me memang suka hiasan kaca.
“Jadi bahaya kalau anak-anak main pecah kena tangan mereka kan. Sekarabg turn Aisya Humaira pula.. Alhamdulilah dia sudah faham sikit,” katanya.
Dalam video yang dimuat naik, Umie dilihat menguji Aisya untuk tidak menyentuh perhiasa kaca dan kristal miliknya. Ujarnya, selepas ini dia akan mengajar Aisya menggunakan pensil untuk menulis di buku sahaja.
“Next step Me akan bagi pensil dan buku untuk dia conteng. Supaya dia tahu conteng dibuku, bukan di dinding rumah. Dan kita ajar umur begini cara menjaga kebersihan,” katanya lagi.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Umie mendidik kesemua anak angkatnya dan turut berkongsi pengalaman mereka mengajar anak masing-masing.
Sebelum ini, Umie telah membesarkan dua orang anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 27, dan Mohd Dzulhilmi, 26.
Umie dan suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bernikah pada 14 Mac 2010 di hadapan Kaabah, Masjidil Haram Mekah.